Salahuddin tentera Islam. Tentera-tentera Salib yang mula menyedari

Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin
dan panglima tentera. Beliau terkenal dengan ketangkasannya dalam peperangan.
Dengan kekuatan ketenteraan yang besar dan ampuh termasuklah angkatan tentera
Morocco dan juga angkatan tentera Mesir yang berada di bawahnya menjadikan
beliau cukup bersedia di dalam misi menawan semula Baitul Maqdis. Perang Hittin
yang telah berlaku pada 583H / 1187M di antara tentera Islam dan tentera Salib
telah melonjakkan lagi nama dan kehebatan Salahuddin al-Ayyubi.

Sebelum membebaskan Baitul Maqdis,
Salahuddin terlebih dahulu menawan Tiberias2
daripada tentera Salib. Strategi peperangan yang diatur oleh Salahuddin sangat
teratur dan berkesan. Semasa penawanan daerah Akko3,
tentera Salib ketika itu masih menyangka beliau berada di Akko sedangkan beliau
dan pasukannya sudah pun melancarkan serangan ke atas Tiberias. Hal ini
menjadikan usahanya ini membuahkan hasil lalu Tiberia jatuh ke tangan tentera
Islam.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Tentera-tentera Salib yang mula menyedari
kekuatan angkatan ketenteraan yang dimiliki oleh Salahuddin lalu mengambil
keputusan untuk berundur ke Tyre (Shour). Baki yang tinggal bertahan di Hittin
menjadi sedikit. Pasukan Salahuddin terus menggempur dan mengejar mereka
sehingga pertahanan mereka berjaya dihancurkan. Akhirnya tentera Salib menyerah
kalah dan Raja Guy de Lusignan4
serta Panglima Baron turut berjaya ditawan.

Pertempuran yang seterusnya sebelum
beliau menuju ke Baitul Maqdis  ialah
berlaku di Tebnine5. Daerah ini
juga akhirnya berjaya dirampas daripada tentera Salib pada tahun yang sama.

Selepas itu satu demi satu daerah berjaya
menjadi milik tentera Islam. Antaranya termasuklah Kota Shaida, Kota Beirut dan
Bandar Asqelon6. Di Bandar
Asqelon ini, Salahuddin dan tenteranya menetap buat sementara. Akhirnya tanpa
berlaku sebarang pertempuran, Kota Gaza, Bait Jibril dan Nazhrun diserahkan
kepada mereka.

Pada kemuncaknya, iaitu pada Ahad, 15
Rejab 583 H, Salahuddin bergerak bersama pasukan tenteranya ke Kota Baitul
Maqdis dalam misi besar membebaskannya.

Setelah berlaku pertempuran yang
mengakibatkan ramai tentera Islam syahid, akhirnya tembok pertahanan
Islamicjerusalem berjaya diruntuhkan.

Hal ini membayangkan kemenangan sudah
pasti menjadi milik tentera Islam. Pemimpin Salib yang menyedari keadaan
tersebut cuba mendapatkan jaminan keamanan. Salahuddin lalu menetapkan syarat
penebusan iaitu bagi lelaki 10 dinar Mesir, perempuan 5 dinar Mesir,
kanak-kanak lelaki dan perempuan 2 dinar Mesir dan fakir miskin keseluruhannya
dikenakan 30,000 dinar Mesir. Setelah penebusan dilakukan, terkumpul jumlah
yang besar iaitu sebanyak 300 000 dinar.

Akhirnya pada tanggal yang akan terus
dikenang dalam sejarah, pada 27 Rejab 583 Hijrah, al-Quds telah diserahkan
kepada pasukan tentera Islam.

Pembersihan secara menyeluruh lantas
dilakukan ke atas Masjidil Aqsa. Pada 4 Syaaban 583 Hijrah, keseluruhan
Masjidil Aqsa telah berjaya dibersihkan dan solat Jumaat pertama telah
dilakukan setelah sekian lama ia berada di bawah pasukan Salib.

Iktibar

Kami dapati banyak iktibar yang mungkin dapat diambil
antaranya:

·        
Kesungguhan Salahuddin al-Ayyubi menjadi
faktor kemenangan di samping mempunyai skill dan kemahiran yang tinggi.

·        
Salahuddin dan pasukan tentera mempunyai
pedang yang amat tajam sehingga dianggap yang tertajam di dunia. Kisahnya
banyak didapati di dalam buku-buku sejarah.7

·        
Strategi yang tepat serta pantas
menjadikan musuh tergamam dan tidak menyangka apa yang dirancang oleh
Salahuddin dengan tenteranya.

·        
Salahuddin al-Ayyubi juga telah
mempersiapkan tenteranya dengan takwa dan ketaatan kepada Allah pada tahap yang
tertinggi. Inilah rahsia besar kemenangan tentera Islam.

·        
Betapa hasad dengkinya musuh Islam
terhadap Salahuddin boleh dibaca dalam sejarah kedatangan British ke Syam dan
baitul Maqdis antaranya Lord Allenby.8

·        
Keadilan Salahuddin dan rahmatnya yang
dipamerkan persis apa yang berlaku kepada Saidina Umar Ibn al-Khattab ketika
pembukaan kota Baitul Maqdis. Ini berlainan ketika kedatangan tentera Salib.9

1 Lihat lebih lanjut
dalam Perang Salib Dan Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi
Mengembalikan Islamicjerusalem Kepada Umat Islam
oleh Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor Shakila dalam Jurnal al-Tamaddun 7.1 (2012):
hlm. 61-74)

 

2 Tiberias ialah sebuah kota di utara Israel, berhampiran Laut
Galilea. Penduduknya kebanyakan orang Yahudi dengan anggaran jumlah 39,900
orang. Kota ini dinamakan demikian untuk menghormati Kaisar Tiberius dari
Romawi. Ia didirikan pada tahun 20 Masehi. Pada masa Perang Salib kota ini
menjadi ibu kota Pentadbiran Galilea, sebahagian dari Kerajaan Jerusalem.

 

3 Acre (Bahasa Ibrani: ???????, Akko; Bahasa
Arab: ?????,
?Akk?) juga Akko, ialah sebuah kota di kawasan barat Galilee utara Israel. Ia
terletak di tanjung rendah di hujung utara dari Teluk Haifa. Berdasarkan Biro
Pusat Statistik Israel (CBS), Acre didiami seramai 46,000 pada akhir tahun
2007. Dari segi sejarah, Acre dianggap sebagai kunci ke Levant disebabkan
kedudukan pantainya yang strategik.

 

4 Guy dari Lusignan, Guy dari Jerusalem atau Guy dari Cyprus (sekitar
1150 atau 1159/1160 – Nicosia, 18 Julai 1194) adalah seorang pahlawan yang
berasal daripada Perancis. Melalui perkahwinan, dia telah menjadi Raja
Jerusalem dan memimpin kerajaan Jerusalem dalam Pertempuran Hittin pada tahun
1187.

 

5 Tebnine (Arabic: ??????
Tibn?n ialah salah sebuah bandar di Lubnan yang merentasi beberapa buah bukit
yang berada di ketinggian antara 700 meter ke 800 meter dari paras laut. ia
terletak kira-kira 20km ke timur Tyre (Lubnan).

 

6 Asqalan atau Ashqelon (Bahasa Ibrani: ????????????;
Latin: Ascalon) ialah sebuah bandar di daerah selatan, Israel. Bandar ini
terletak di pesisiran pantai Laut Tengah yakni di selatan Ashdod dan di utara
Genting Gaza. Asqalan memiliki sekitar 110,200 orang penduduk (2008). Asqalan
moden didirikan sebagai komuniti pertanian setelah pembentukan wilayah haram
Israel pada bulan Mei 1948, dan merupakan permukiman kota yang didirikan buat
pertama kali pada tahun 1950-an di atas Bandar al-Majdal.

7 Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan
pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong
dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada
matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang
Parsi ini  telah mengatasi kehebatan
pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang ini
diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT
(Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya amat tajam dan lentur. Seni pembuatan
pedang yang rahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini. Kajian metalurgi moden setakat hari
ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi
tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini. Setelah
sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji
barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.  Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat
sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,
tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

 

8 Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya
menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada
Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31
Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah
membawa kepada kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin dan juga
Jerusalem daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Lord Allenby yang mengetuai
pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dan dia pergi ke
kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil
berkata: “Sekarang aku datang semula ke sini.”

 

9 Ketika 40 ribu tentera Perang Salib yang dipimpin Peter The Hermit
menyerbu tanah suci Palestin, mereka datang dengan dirasuki fanatisme agama
yang membabi buta. Bagi membangkitkan rasa fanatisme itu, menurut Hallam
penulis Barat, `setiap cara dan jalan ditempuh’. Tak peduli biadab atau tidak,
semua ditebas remuk redam menjadikan Jerusalem banjir darah dan mayat manusia.
Suasana penuh dendam dan amarah, terjadi pula ketika pasukan Perang Salib tiba
di Malleville. Kota itu pun dibumihanguskan. Tak kurang dari 7000 penduduk
tidak berdosa di kota itu dibunuh. Fanatisme buta itu pun kemudian mengubah
tanah Hungaria dan Bulgaria menjadi daerah-daerah yang tandus. Serangan dahsyat
itu akhirnya menjadikan Syria dan Palestin termasuk kota suci Jerusalem jatuh
ke tangan tentera Salib. Kemenangan tentera Salib itu dikotori dengan
pembunuhan terhadap kaum Muslimin yang sama sekali tidak bersalah. Kekejaman
tentara Salib itu digambarkan melebihi Jengis Khan dan Hulagu Khan ketika
menjatuhkan kekhalifahan Abassiyah dan meruntuhkan Baghdad.